Fatin Athirah Anuar
atiranuar
Wednesday, 17 September 2014
Kembali semula ke dunia blogger!
Hi everybody. Okay dah lama tirah tak update blogger an. So kembalinya tirah di dunia blogger setelah tirah dah memasuki zaman keremajaan di peringkat kolej bukan lagi zaman persekolahan 😁 ya pemikiran pun juga semakin matang dari semasa ke semasa. Okaylah sampai sini dulu tirah boleh update. Nanti kita jumpa lagi okay. xoxo 😘
Wednesday, 2 November 2011
Tuesday, 1 November 2011
Perbezaan Antara Sahabat dan Rakan
Salam...
Tiba-tiba jer nak bicarakan tentang perbezaan antara sahabat dan rakan. Bagi diriku terdapat pelbagai perbezaan bagi dua golongan ni.
Sahabat adalah orang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita itu yang kita katakan sahabat. Dalam erti kata lain sahabat adalah mereka yang berupaya wujud hubungan mirip seperti persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat juga mereka yang memiliki tempat yang lebih tinggi daripada kawan mahupun rakan.
Manakala kawan ataupun rakan adalah mereka yang sentiasa berinteraksi dengan kita tentang kehidupan semasa ataupun isu-isu semasa.
Itulah perbezaan dan perbandingan antara sahabat dan rakan. Dan renungan bersama.
PENGORBANAN SEORANG SAHABAT
HARI ini aku mendengar rancangan Riuh Pagi ERA (RPE) di saluran Radio ERA. Mendengar satu cerita yang diceritakan oleh sorang pemanggil melalui telefon ke studio. Lazimnya aku tidak begitu sangat beri perhatian kepada rancangan RPE itu kerana rancangan itu hanya diisi dengan hal-hal yang kurang menarik. Tetapi hari ini bagai ada sesuatu yang menarik perhatianku apabila pemanggil itu membuat panggilannya dan bercerita tentang suatu perkara. Bagi aku perkara yang diceritakan itu amat menarik meskipun mungkin ramai yang akan mengatakan sebaliknya.
Pemanggil tadi (namanya Rizal) bercerita tentang pengalamannya sewaktu berusia 17 tahun (tidak pula diberitahu usianya sekarang, tetapi aku mengagak usianya sekitar 30-an pada masa ini) sewaktu hampir menduduki SPM. Biasalah, zaman persekolahan semua orang berpengalaman melalui detik-detik manis 'bercinta monyet'. Rizal itupun tidak terkecuali. Dia berkawan rapat dengan seorang pelajar perempuan sebayanya tetapi dari sekolah yang berlainan.
Tiap-tiap hari selepas waktu sekolah mereka akan berjumpa di suatu tempat sebelum pulang ke rumah. Hari demi hari persahabatan mereka menjadi putik-putik cinta. Rizal dan pelajar perempuan itu seperti sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Rakan-rakan sekolah mereka tahu hubungan mereka berdua. Suatu hari, seperti biasa selepas waktu sekolah Rizal sampai di tempat pertemuan mereka. Tetapi hari itu kekasihnya tidak muncul. Rizal resah menanti, namun kekasihnya tetap tidak kunjung tiba. Beberapa hari selepas itupun, Rizal masih menanti, tetapi hampa. Perasaannya mula bimbang. Dia bertanya kepada rakan-rakan kekasihnya dan daripada mereka dia dapat tahu kekasihnya itu sakit dan sudah pulang ke kampungnya di Sabah. Kekasihnya itu tinggal bersama emak saudaranya di Kuala Lumpur semasa belajar di sekolah berkenaan.

Atas dasar cinta, Rizal terus pulang dan memecahkan tabung wang simpanannya. Berbekalkan wang tersebut dan maklumat tentang kampung kekasihnya itu, Rizal berlepas ke Sabah dari Lapangan Terbang Subang bersendirian. Setibanya dia di kampung kekasihnya itu baharulah Rizal dapat cerita sebenarnya bahawa kekasihnya itu sedang bergelut dengan hidup akibat menghidap sakit buah pinggang yang sudah sampai ke tahap kronik.
"Pada waktu itu juga saya mengambil keputusan untuk berkorban demi seorang sahabat", suara Rizal yang aku dengar melalui corong radio agak sebak bunyinya.
Kata Rizal dia segera menawarkan diri untuk menyumbang buah pinggangnya. Setelah diperiksa oleh pasukan doktor mereka mendapati buah pinggangnya sesuai untuk didermakan dan jenis darahnya juga sama dengan jenis darah kekasihnya yang sedang bergelut dengan hidup itu! Terus sahaja Rizal memberi tahu emak dan ayahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan restu dan keizinan mereka. Kedua orang tuanya berlepas segera ke Sabah dan bertemu Rizal serta keluarga kekasihnya di sana.
"Awak dermakan buah pinggang awak, Rizal?", tanya DJ bertugas.
"Ya, saya dermakan buah pinggang saya demi kerana simpati saya terhadap seorang sahabat", balas Rizal, masih kedengaran sebak. "Tetapi usia kekasih saya itu tidak lama. Setahun kemudian, dia dijemput Allah pulang ke pangkuan-Nya". Suara Rizal tersekat di situ.
Aku menganggap kisah ini adalah kisah tentang pengorbanan yang amat luar biasa. Pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabatnya yang menderita. Mungkin pada masa itu Rizal mempunyai perasaan cinta terhadap sahabatnya itu, tetapi bagi aku, Rizal sebenarnya adalah seorang sahabat atau kekasih yang berhati mulia. Dia jujur dalam persahabatan (percintaan) kerana itu dia rela berkorban meskipun dia belum pasti sahabatnya itu akan menjadi teman hayatnya.
Marilah sama-sama kita memberi nilai kepada makna persahabatan yang kita jalin dengan sahabat-sahabat kita selama ini. Semoga akan wujudlah kebahagiaan di dalam hati kita bersama.

Inikah erti persahabatan sebenar?
Ada orang yang mempunyai ramai sahabat tetapi berapa ramai sahabat yang mampu menjadi sahabat yang ada ketika sahabatnya dalam keadaan susah mahupun senang.Sahabat yang sama-sama boleh bergelak ketawa dan sama-sama menangis ketika duka atau gembira….
Erti Persahabatan
Apa itu persahabatan???
Persahabatan
lebih sukar dari AddMath,
lebih sukar dari AddMath,
lebih rumit dari Fizik,
lebih susah dari Biologi,
lebih payah dari LK,
TAPI,
persahabatan itu tak sebosan sejarah,
ia penuh dengan Chemistry.
Kerana persahabatan itu sistematik bagaikan
Prinsip Perakaunan.
Adakah ayat ini sesuai dengan erti persahabatan sebenar?
Subscribe to:
Comments (Atom)